HIKMAH SAKIT

PERKONGSIAN HARI INI. HIKMAHNYA SAKIT.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...

Leave a comment

Tips Selesaikan HUTANG

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemauan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”

Inilah doa yang Rasulullah s.a.w ajarkan untuk mengatasi bebanan H U T A N G. Diamalkan setiap pagi dan petang.

Rupanya, dalam doa ini telah ada 4 langkah yang perlu di ambil untuk selesaikan hutang.

LANGKAH 1 - BUANG PERASAAN SUSAH DAN SEDIH
Jujur dengan diri. Akui kelemahan kita mengurus kewangan sehingga kita terjebak dalam bebanan hutang. Namun hidup harus diteruskan. Usah hidup dalam penyesalan, ianya akan memburukkan lagi keadaan

LANGKAH 2 - TANAM SIFAT RAJIN
Jika masih malas dan lemah lemau, bila kita akan berjaya selesaikan hutang kita tu. Betul? Jadi kita harus bangkit dari kesilapan lalu & berubah menjadi rajin dalam bekerja & berikhtiar mencari pendapatan sampingan

LANGKAH 3 - MENJADI BERANI & PEMURAH

Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani. Jika syarikat tempat anda bekerja  memberikan gaji yang tak cukup untuk kelangsungan hidup anda , anda mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Atau bila bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan berani memulai  bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyaklah beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya. Ya, jangan jadi bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
LANGKAH 4 - SISTEMATIK MEMBAYAR HUTANG
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan yang lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang ada hutang dan membuat jadual penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain yang datang menuntut hutang dengan pelbagai cara dan tekanan. Ya, hadapi mereka dengan berbincang secara baik. Pasti akan ada jalan keluarnya!
Sumber: http://www.eramuslim.com

Posted in , | Leave a comment

Kenapa Perlu Banyak Berselawat?

Sabda Rasullah SAW:
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikansolat fardu.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
  • Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
  • Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  • Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  • Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  • Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat mega_shok.gif kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  • Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
  • Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  • Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  • Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  • Para Ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  • Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  • Sabda Nabii SAW:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam.
Sumber: wanzawawi.com

Leave a comment

REZEKI MELIMPAH RUAH... Ini Rahsianya..

Usah dicari, kerani sifat mencari itu untuk yang hilang..

Usah dikejar, kerana semakin dikejar semakin ia menjauhi...

Mahukan rezeki yang melimpah ruah?

Ini petuanya..

+ Niat yang betul - bukan sebab nak kaya raya, bukan sebab nak settle hutang. Sebaliknya kerana hendakkan redha ALLAH

+ Faham maksud REZEKI - bukan duit sahaja rezeki. kesihatan, kebahagiaan, ketenangan, anak yang baik juga adalah rezeki.

+ Perbanyakkan ucapan ALHAMDULILLAHMemang ramai yang alpa dengan ucapan Alhamdulillah.Bahkan kebanyakan dari mereka akan berkata, ‘Wow!’ , ‘Hebatnya!’ , ‘Sukanya!’ dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.Tapi berapa ramai yang mendahulukan ucapan ‘Alhamdulillah’ apabila memperoleh sesuatu rezeki?

+ Utamakan yang WAJIB, perbanyakkan yang sunatUtamakan ibadah sebagai pemacu kepada limpahan rezeki yang luas.InsyaAllah,kalau kita tekun menyiram pokok ibadah,buah rezeki akan datang bergolek dengan banyaknya.

+ Istiqomah BERSEDEKAH - Allah tak tengok hasil, tapi ALLAH nilai usaha. RM1 sehari pon ok, janji konsisten.

Leave a comment

AMALAN UNTUK HIDUP LUAR BIASA

Jom Kita Tiru Gaya Nabi.

1.Tahajud ✔
Cuba tinggalkan tilam kita ketika 1/3 malam tersisa

2.Tidak meningalkan solat di masjid terutama solat subuh✔
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)

3.Sentiasa beristiqhfar setiap masa.✔
Mohon keampunan Allah setiap masa, kita manusia yang lemah sentiasa berbuat DOSA

4.Sentiasa menjaga wuduk.✔
Sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

5.Sedekah setiap hari walau pun sedikit✔
Allah tidak memandang banyaknya nilai yang kita beri, tapi ALLAH nilai ISTIQOMAH kita untuk memberi

6.Jaga Solat Dhuha ✔
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

7.Membaca Alquran setiap hari sebelum terbit matahari.✔

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)


Mudah-mudahan saya % anda yang membaca post ini istiqomah menjalankan amalan ini sehingga ke hujung usia kita! 2015 adalah tahun kita sama-sama berubah menjadi yang TERBAIK! Amin Ya Allah

Leave a comment

AWAS!!! Lebih BURUK Kesannya Jika Dibiarkan...

SILA AMBIL PEDULI!



Di sebuah daerah di Indonesia, 3 buah mangkuk nasi diberikan kepada 3 buah keluarga selama 3 Hari.

Keluarga pertama:
setiap hari mengatakan 'kau bodoh!' kepada nasi tersebut.

Keluarga kedua:
Setiap hari mengatakan 'kau bertuah!' kepada nasi tersebut.

Keluarga ketiga:
Tidak mengatakan apa-apa kepada nasi tersebut dan membiarkannya sahaja.

Cuba teka apa yang terjadi?

Inilah dia hasil kajian tersebut:

Nasi pada keluarga yang mengatakan 'kau bertuah' itu lebih lambat basinya dan walaupun basi tetapi warnanya tetap putih seperti nasi yang masih elok.

Nasi pada keluarga yang mengatakan 'kau bodoh' cepat basinya dan berwarna kuning hampir berkulat.

Nasi pada keluarga yang tidak mengatakan apa-apa dan membiarkan sahaja, paling cepat basi dan bertukar warna kehitaman dan berkulat!

====

Wah! maknanya DIBIARKAN itu lebih buruk kesannya dari yang di MAKI HAMUN? ermmmm....:)

Namun terbukti, nasi yang di berikan KATA-KATA POSITIF itu lebih tahan lama dan kekal putih :)

Itu nasi yang tidak bernyawa, bagaimana pula kita manusia yang bernyawa, boleh mendengar dan merasa?

Apakah yang ANDA, SUAMI & ANAK-ANAK dengar setiap hari?


ANDA pilih nak jadi nasi putih, kuning atau hitam?

Leave a comment

Contributors

Powered by Blogger.

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.